Want your
own Fotopage?








 
Mammahouse 's FotoPage

By: MamMa House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Dec-2006 06:50 Email | Share | Bookmark
Strawberry Cake Roll

Akhirnya...


Memang puas hati bila dapat buat kek roll nih...sudah lama sangattt nak buat...tengok gambar kek roll blueberry kak Rossya memang menjadi igauan setiap hari...
last2 buat jugak walaupun traynya kecil aje...dan adunan yang saya buat pun separuh aje..

Strawberry Cake Roll(edited dari resepi Kak Rossya)

25g air sejuk (dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula castor
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu kecil baking powder
10biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk

100g mentega cair (guna double-boiler)

Satukan semua bahan kecuali mentega cair. Pukul dengan high speed sehingga menjadi puith dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Warna kan adunan dengan sedikit pewarna merah dan letak sedikit essence jika suka . (saya guna strawberry essence)

Tuangkan adunan kedalam acuan kek roll dan ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160C. Ketuhar hendaklah dipanaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk.

Cream nya:
250g gula dan 150g air dimasak dan disejukkan didalam peti sejuk. 500g mentega dan 1/2 sudu kecil vanilla di pukul hingga pekat. Baru masukkan air gula sejuk sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata dan halus.


Jem Strawberry:
Saya guna jem strawberry dalam botol je

Cara menggulung:
Keluarkan kek dari acuan. Sapukan dengan cream dipermukaan kek sehingga rata. Letakkan sedikit jem blueberry dan gulung kemas-kemas. Bungkus dengan kertas kek atau plastik dan simpan dalam peti sejuk.

p/s: saya tak pandai gulung..keknya terpatah...huhuhu:-S Ada separuh adunan lagi saya buat kek coklat coffee..simpan untuk buat Tiramisu nanti...tunggu nak beli cream cheese

Pertanyaan:
1. baki cream yang ada tu boleh simpan dalam peti ais ke? berapa lama boleh tahan?
2. Macam mana nak gulung kek dengan betul ekk??

Quote:

Kak Rossya :: Memang kami suka sangattt...husband kata sebiji macam dalam fp akak.... keknya pun lembut...si kakak kemain suka lagi...
Creamnya memang ada lebih...lepas ni kena belajar buat topping cup cake pulak thanks kak rossya...akak memang besttt...
Suzi :: alaa suzi jangan laa jeles..aku dok umah tak de keje nak buat masakk je laa Cubala suzi...sedapp tau sure anak ko suka
Farrah :: No Problem...aku buat satu khas untuk ko nanti..spesel punya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net