Want your
own Fotopage?








 
Mammahouse 's FotoPage

By: MamMa House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Jan-2007 09:49 Email | Share | Bookmark
Roti Jala dan kuah manis



Roti Jala

bahan-bahan:
1 biji telor
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 sudu gula
pewarna kuning
1 sudu margerin

p/s: actually bahan2 nih saya tak sukat pun..main masuk je...janji adunan ni boleh di kiraikan

Cara:
1.Masukkan semua bahan2 dalam mesin pengisar(blender). Kisar hingga bahan2 sebati.
2.Kalau campuran ini agak cair, tambahkan sedikit tepung lagi agak2 boleh dikirai la...
3.Tapis adunan dalam mangkuk. Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan kiraikan pada kuali yg tak melekat tu...
4. Biar beberapa minit dan angkat, letak dalam pinggan dan lipat empat.




Kuah Manis

Bahan-bahan

1 cawan santan pekat ( saya guna santan paket je )
gula melaka / gula tapak / gula pasir pun boleh
1 cawan air
secubit garam
durian jika ada ( saya tambah lempuk durian)

Cara:
Didihkan air dan gula seketika
Kemudian masukkan santan, dan garam dan durian
Biarkan beberapa ketika.
Sedia untuk dihidang...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net