Want your
own Fotopage?







 
Mammahouse 's FotoPage

By: MamMa House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Jan-2007 02:33 Email | Share | Bookmark
Nasi impit dan kuah kacang

Malam semalam takde mood nak makan nasi berlauk...dan tetiba teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang....so saya terus pegi beli bahan2 dia masa pickup intisaar balik...dan masak.....heheheheh...nasib baik jadi...resepi kuah kacang nih nanti saya sertakan sebab banyak sangat versi tengok semalam...nanti nak ingat semula...kuang kuang kuang....


Kuah Kacang ::

Bahan-bahan

Ayam dipotong kecil/sederhana
1 cawan kacang tanah ~~ digoreng tanpa minyak hingga garing dengan api perlahan
3 sudu besar lada kisar/cili boh
Air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa (ikut suka)
sedikit gula merah/gula melaka

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 batang serai
1 inci halia
sedikit lengkuas


Cara:
1. Kacang dibuang kulit ari dan di tumbuk kasar/blender.
2. Tumis bahan kisar dan cili bohsehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
4. Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah dan ayam tadi.
5. Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit dan pecah minyak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net